Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hasrat untuk memiliki Blog Baby Pandai Baca ini akhirnya dapat direalisasikan. Moga dengan adanya ruang ini dapat dimanfaatkan dengan info-info yang baik dan berguna buat ibu bapa dan sesiapa sahaja yang berminat dengan pendidikan anak-anak ini khususnya pendidikan pada awal usia.
Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga. Kehadiran anak kecil selalunya dinanti oleh pasangan suami isteri apatah lagi sekiranya mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menanti kehadiran anak pertama.
Seringkali kita melihat pasangan suami isteri yang menanti kehadiran orang baru dalam hidup mereka menyediakan pelbagai peralatan untuk bayi. Daripada peralatan tempat tidur bayi seperti katil,tilam,bantal,buaian,pakaian seperti baju, seluar, lampin pakai buang,botol susu,napkin,kasut,puting susu dan pelbagai kemudahan disediakan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada bayi.
Namun jarang sekali kita mendengar pasangan suami isteri membeli buku-buku, menghadiri kursus atau seminar, kaset dan sebagainya sebagai persiapan memberikan pendidikan terbaik kepada anak apabila dilahirkan nanti.
Justeru, kita boleh mengubah sikap kita supaya lebih peka terhadap pendidikan anak-anak terutama persiapan awal sebelum anugerah Allah itu lahir ke dunia. Sebagai ibu bapa kita perlulah meluaskan & memperbanyakkan pembacaan kita dengan menambah pengetahuan tentang pendidikan anak ini sejak awal lagi. Ini penting kerana persiapan menunggu kehadiran orang baru dalam hidup kita, kita cuba sediakan segala keperluan sebaik dan sesempurna mungkin agar kita dapat memberi pendidikan seoptimum mungkin kepada anak-anak kita.

No comments:
Post a Comment